Friday 21 October 2011

Pengenalan Syarikat Z’s Motor


Syarikat Z’s Motor telah ditubuhkan pada 1 April 2005 oleh tiga orang tokoh utama yang telah menjadi tunggak kemajuan syarikat ini sendiri iaitu, Dato’ Sri Hj Muhammad Zamir, Tan Sri Zahrul Aman dan Prof Emeritus Syazzan. Mereka merupakan kawan karib sewaktu bersama-sama menuntut di university tempatan iaitu Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat pengajian, mereka berhasrat untuk menyambung pelajaran diluar Negara dalam bidang permotoran. Setelah tamat pengajian di sana, mereka pulang ke tanah air dengan harapan ingin menubuhkan syarikat permotoran yang terulung di Malaysia sehingga tertubuhnya Syarikat Z’s Motor.
Syarikat Z’s Motor merupakan syarikat kereta terpakai yang menyediakan pelbagai pelbagai kenderaan yang berjenama seperti BMW, Mercedes, Toyota, dan lain-lain. Juga terdapat jenama keluaran Malaysia sendiri seperti Proton dan Produa.
Syrikat ini mula terkenal apabila mendapat tempahan dari luar negeri seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Negara-negara rantau asia yang lain. Pada waktu sekarang, syarikat kami cuba untuk memecah masuk pasaran dunia untuk mendapatkan kepercayaan dunia bahawa Negara Malaysia adalah Negara yang boleh bersiang dalam bidang perniagaan khususnya bidang permotoran.